29 Apr 2011

Salaam alaikum w.b.t……

Aku bukan lah seorang yang terlalu baik pekertinya. Aku bukanlah seorang yang terlalu alim dalam agama. Aku bukanlah seorang yang pandai berkata-kata. Aku bukanlah penyair yang gah syairnya. Aku bukanlah seorang manusia yang hebat peribadinya

Cuma aku adalah perindu Hukum Allah Ta’ala. Yang mahukannya kembali tertegak di Malaysia. Dan sebolehnya seluruh dunia. Ku rindukan Islam kembali gemilang seperti zaman dahulu. Islam adalah menyeluruh, Islam adalah cara hidup. Sistem hidup manusia perlukan peraturan yang sempurna dan peraturan itu adalah HUKUM ALLAH.



Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Dia telah merangka satu sistem yang amat sempurna untuk hamba-hambaNya. Dia memahami setiap jiwa dan raga di muka bumi ini. Nelayan, petani, polis, peniaga, guru, mekanik dan sebagainya mempunyai hati dan perasaan. Semuanya perlukan kepada satu sistem yang sempurna. Dan tiada yang lebih sempurna melainkan apa yang Allah S.w.t telah amanahkan kepada kita supaya melakukannya.

Sistem kapitalis, sistem komunis, sistem kebangsaan, semua itu hanya lah rekaan manusia yang ntah datang dari mana dan dari mana datangnya idea itu ntah. Mungkin idea-idea untuk merangkanya datang ketika sedang buang air, siapa tahu kan? Tetapi sistem-sistem itu juga lah yang ramai duk pakai sekarang ni. Masih lagi menjadi pak turut, tak guna akal yang Allah bagi ni untuk memilih mana yang terbaik.



Kita semua ini bukan lah perfect, kita semua ni ada melakukan kesalahan, dosa dan sebagainya. Tiada siapa yang sempurna melainkan Allah S.w.t. Untuk itu, kita mestilah menggunakan apa-apa yang telah diatur oleh pencipta kita. Kita mesti buang sifat angkuh, sombong kita dengan berkeras dengan pendapat masing-masing. Apabila kita ada perselisihan hendaklah kita kembali kepada AlQuran dan AsSunnah. Apabila disebut kembali pada AlQuran, maka kita mestilah yakin dan berpegang teguh dengan apa-apa kandungan AlQuran, bukannya ambil separuh x ambil separuh. HUkum hudud termasuk dalam perkara yang diwajibkan dalam AlQuran, maka hendaklah kita perjuangkannya hingga ke titisan darah yang terakhir.

Berapa lama sangat kita akan hidup dalam dunia ini? Seribu tahun, dua ribu tahun? hehe mungkin ada yang dapat hidup sampai 3 ribu tahun kut. Untuk itu hidup yang sementara ini biar lah berlandaskan kepada apa yang diperintahkan oleh pencipta segala makhluk. Jika berlandaskan kepada nafsu dan kepuasan kita semata-mata, saya tidak tahu siapa yang akan bantu kita nanti, apabila kita telah menghembuskan nafas yang terakhir dan sorang-sorang berada dalam kubur.

Tentang pelaksanaan HUkum Hudud itu, jika sekiranya kita betul-betul mahu menjalankannya, maka kita rangka lah secara beransur-ansur. Dan tujukan hanya kepada orang-orang Islam. Contohnya berzina mesti dikenakan hukuman sebat 100 kali sebatan di depan orang ramai. Agar menjadi pengajaran kepada orang lain dan orang tidak akan berani lagi untuk berzina. Insya Allah nanti tiada lah anak haram yang lahir, tiada lagi kes-kes buang anak, tiada lagi rogol perkosa anak dara orang dan sebagainya. Tak ke aman tuuuuu?? Haaiizz x nampak lagi eh

Itu baru satu contoh , cuba bayangkan kalau keseluruhan HUkum Hudud sudah dapat dilaksanakan, woww!!! SubnanaAllah, amat indah waktu itu. Kemungkinan besar masa itu, penjenayah-penjenayah kronik pun akan jadi ahli surau dan masjid. Muka-muka yang dulu nya nampak keruh, sekarang nampak berseri je, x ke cantik tu wahai saudara-saudara ku? Nanti semua isteri akan risau pada suami-suami dia, pasal muka-muka si suami pun makin berseri semacam dan saham makin naik,



Allah Ta’ala berfirman:
“Dan barangsiapa yang mengagungkan peraturan-peraturan suci dari Allah, maka itulah yang terbaik baginya di sisi Tuhannya.” Surah al-Haj : Ayat 30

Masihkah kita mahu melihat kes-kes jenayah terhadap kanak-kanak seperti kes Nurin (8 tahun), Chia (10 tahun), Harirawati (10 tahun), Ang May (9 tahun), Tin Song (7 tahun) dan macam-macam lagi terus berleluasa? Masihkah kita mahu JUDI terus berleluasa dan menyebabkan banyak kerosakan? Masihkah kita mahu melihat kes-kes pecah rumah, curi kabel, ragut, gangster, penagihan dadah, rogol, bunuh, sumbang mahram, gejala sosial remaja, maksiat berleluasa dan sebagainya? Tak serik-serik lagi dan masih mahukan kadar jenayah terus meningkat baru nak serik? Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Fikir-fikirkan lah wahai kaum ku.

Ingatlah wahai saudara-saudaraku semua, penjajah adalah kerja dia menjajah fizikal dan mental negara lain. Dulu mereka menggunakan kekuatan mereka sendiri untuk menjajah, tetapi kini mereka menggunakan taktik membiarkan kita sendiri yang berbalah sesama sendiri. Sesama Islam bergaduh dan berebut kuasa dan yang menjadi mangsa adalah rakyat. Banyak yang penjajah sudah tanam kepada kita dahulu yang menyebabkan kita sekarang berbalah sesama sendiri. Sebeb itu lah wahai saudara-saudara ku, kembali lah kepada AlQuran dan AsSunnah. Jika nak bertikai, mana-mana negara pun ada pertikaian. Mana-mana negara pun ada parti politik dan bertelagah sesama sendiri. Cuma, kita sebagai umat Islam, biar lah bertunjangkan kepada AlQuran dan AlHadith, dan bukannya bertunjangkan kepada Islam yang ditokok tambah dan direka-reka. Islam adalah cara hidup, dan apabila menyebut hidup maka ia meliputi keseluruhannya termasuklah as siaasah (politik).

Nabi S.a.w juga bersabda yang bermaksud, “Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah

Maka jika undang2 yang kita pakai dah tidak ikut HUkum Allah, maka sudah tentu akan berlaku banyak perselisihan pendapat dan tidak sehaluan. Kerana undang2 yang dipakai adalah buatan manusia, maka tidak sesuai dengan FITRAH manusia. Yang sesuai dengan FITRAH manusia hanya HUKUM ALLAH yang disebut dalam Quran dan Hadith, tetapi kita tidak mahu pakai, isy7

Tetapi jika kita pakai HUKUM ALLAH, siapakah yang berani menentang HUKUM ALLAH itu di kalangan umat Islam kita ini? Maka kalau berani juga, itu lah mereka yang melampaui batas. Kerana itu jika kita pakai HUKUM ALLAH , insyaALLAh kita akan bersatu, kerana semua kita orang Islam tidak boleh menyangkal lagi dengan HUKUM ALLAH.

Sebab itu antara agenda King George dahulu , menyuruh golongan penjajah itu menjadikan umat Islam sekarang tidak suka kan bahasa Arab. Bila umat Islam sendiri tidak sukakan Bahasa Arab, secara automatik akan menjadi kesulitan untuk memahami sepenuhnya isi Al Quran dan Al Hadith. Menjadikan kita sekarang cetek dengan ilmu agama sedangkan ini adalah ilmu yang paling penting buat seluruh manusia untuk bahagia di dunia dan akhirat. Para nabi dahulu ada kepakaran masing2 dalam bidang keduniaan, tetapi tidak lupa juga arif dalam bidang akhirat. Sebab itu kita mesti menjadi arif dalam kedua-dua bidang ini. Ilmu dunia untuk dunia dan agama untuk akhirat. Tidak semestinya ustaz dan ustazah sahaja yang perlu arif bidang agama.
Agama perlu berganding bahu dengan hal dunia, ibarat kata kita diberi sebilah pisau. Jika kita ada ilmu agama, maka kita gunakan pisau itu untuk kebaikan dan memberi orang lain makan dengan memasak makanan yang sedap-sedap. Tetapi jika tiada ilmu agama, ataupun lebih sedih lagi jika ada ilmu agama tetapi melanggarnya, maka kemungkinan kita akan gunakan pisau tersebut untuk merompak, mengelar leher orang, membunuh dan sebagainya , na’uzubillah. Sebab itu lah agama itu adalah cara hidup, maka cara hidup ini suatu bidang yang amat luas, dan perlukan kepada bermacam-macam jalan dan kaedah. Sebab itu kita mestilah mengemas-kinikan diri kita dengan ilmu dunia dan ilmu akhirat, jangan hanya tumpu atau pun berat sebelah kerana kedua-duanya saling perlu memerlukan.

Konsep segala benda asalnya harus, tetapi ia boleh bertukar menjadi sunat, haram, makruh dan wajib apabila sampai pada tempat-tempat tertentu. Contohnya dah jika dah ada dalil naqli yang mengatakan suatu benda itu haram, wajib, sunat dan sebagainya. Perumpamaan yang nak saya bawakan di sini ialah muzik. Muzik sebenarnya satu benda yang indah dan asalnya adalah harus. Tetapi ia boleh menjadi haram jika muzik itu sendiri semakin menjauhkan kita dari Allah. Mengheret kita ke aras maksiat dan sebagainya, maka ia sudah menjadi tidak elok. Sebab itu muzik digunakan pada tempat yang betul tidak mendatangkan dosa insyaALlah, seperti mengalunkan lagu-lagu nasyid, mengaji berlagu dan seumpamanya. Perumpamaannya seperti pisau tadi la, asalnya harus, tetapi boleh menjadi baik atau buruk mengikut kepenggunaan kita sendiri.

Sebab itu sesuatu perkara yang kita buat itu kalau kita rasa makin jauh dari Allah, maka tinggalkan lah cepat-cepat. Kalau kita rasa semakin lagho, tak sedar diri, makin rasa tidak aman, rasa macam bersalah je, tinggalkanlah. Konsepnya mudah sahaj sebenarnya untuk kita bezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Kita buat sesuatu dan kita rasa makin dekat dengan Allah dan tidak bertentangan dengan syariat, insyaAllah baik lah tu. Manakala sebaliknya kita buat sesuatu dan rasa diri semakin jauh dari Allah, apa lagi melanggar syariat, maka buruk lah tu.

Semoga dengan perselisihan pendapat kita semua tidak menuju kepada perbalahan besar. Ketahuilah ada nabi berpesan yang memberi maksud perselisihan pendapat itu adalah satu rahmat, tetapi jangan sampai bercerai-berai. Ada hikmahnya manusia berselisih pendapat kerana ia menunjukkan betapa kita ini lemah dan perlu kepada perbincangan dan pertukaran pendapat. Tetapi jaga lah diri masing-masing agar bersabar dan elakkan sama sekali perbalahan dan permusuhan. Biar ramai kawan jangan ramai musuh, saya pesan untuk diri saya juga ni.

Saya juga mahu berpesan pada diri dan golongan yang mahu menegakkan keadilan dan hukum ALlah. “Permudahkan lah dan jangan persulitkan. Berilah berita gembira dan jangan buat mereka lari darimu”. Petikan dari hadith juga tu dan semoga kita semua sentiasa senyum dengan siapa sahaja, murah-murahkan senyuman deh! Jangan suka kutuk-kutuk orang secara peribadi dan ketika bercakap tu jangan lah bercakap seperti nak ajak pergi ke medan perang. Cara kita bercakap mesti berhati-hati, kerana “ajaklah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan”, bukan dengan kemarahan, kata-kata kesat, bengis, keras dan sebagainya, tetapi gunakannlah dengan kebijaksanaan. Jika terpaksa guna psikologi maka gunakanlah psikologi. Kita cuba untuk tarik perhatian orang, jangan buatkan orang marah. Kalau kita buatkan orang marah pada kita, macam mana orang nak dengar kita?

Nabi Nuh dulu hampir seribu tahun berdakwah tetapi cuma segelintir yang ikut dia, tapi dia sabar je. Ada nabi-nabi lain sampai dihalau dari kampung, dimaki hamun, tetapi mereka sabar je, mereka pun manusia juga, ada hati dan perasaan. Tetapi kita ajak orang kepada kebaikan baru berapa tahun, ada yang baru berapa jam, orang tak dengar cakap kita maka kita dah melenting, tak elok la tu kan? Semoga kita dapat tambah lagi kesabaran kita. Bertindak lah mengikut akal yang waras, kalau bertindak mengikut emosi boleh membawa padah. Hanya kerana segelintir orang yang mengajak kebaikan berkelakuan buruk habis semua yang lain jadi mangsa, sampai orang pun dah tak nak dengar kata-kata dari pihak yang nak mengajak kepada kebaikan ni. Macam mana kita nak ajak orang kalau kita bagi kata-kata yang menyakitkan hati orang? Macam mana kita nak berkempen kalau kita menunjukkan sikap seperti singa?

Kita perlu ingat, Saidina Umar r.a yang begitu keras hati dan fizikal pun boleh lembut hati. Hanya tersentuh dengan ayat surah Toha yang dibaca oleh adiknya sendiri. Hidayah itu milik Allah, bukan milik kita. Kita hanya mampu berusaha tetapi jangan pula kita melenting kalau orang tak dengar cakap kita, itu dah lain jadinya. Inikan pula kita nak ajak sesama Islam kita kepada menegakkan agama Allah, mengembalikan kegemilangan Islam yang sebenar, membangun bersama Islam.

Sememangnya ada penceramah yang berceramah sampai tidak sedar diri dan perasan. Kita bercakap sesama kita boleh lah nak memberi semangat berapi-api. Tetapi kalau kita fikir secara psikologinya, ceramah pada gang2 sendiri kalau tak berapi pun tak apa, kerana sudah pasti kita akan diikutnya pun. Kita cakap apa pun kalau dah pengikut setia dia tetap akan ikut. Sebab itu, ceramah-ceramah yang diadakan seeloknya fikirkan tentang orang-orang lain yang akan mendengarnya. Kalau kita bercakap mengikut emosi dan perasaan, nanti orang lain nak dengar pun tak mahu dia nanti. Siapa yang susah nak dapat penyokong? Kita dan keluarga kita jugak!! Tak begitu?? Maka kalau nak tarik penyokong perlu lah pada cara dan kaedah yang berhikmah. Kalau dah tahu sesuatu perkara itu pihak lawan tak suka dengar, jangan bercakap soal tu. Ini dah tau pihak lawan tak suka dengar, yang itu lah dia duk ulang-ulang. Lagi orang panas telinga dan tak mahu dengar.
Saya lebih suka kalau pihak penceramah yang nak mengajak orang kepada menegakkan Agama Islam ini menerangkan betul-betul tentang Islam lebih-lebih lagi tentang Hukum HUdud dan pemerintahan, sejarah Islam, sejarah penjajahan di Malaysia dan seumpamanya. Tak perlu lah banyak-banyak bahas hal-hal lain. Mana-mana negara pun ada menimbulkan isu, yang bermakna manusia ini tidak lari dari kesalahan.

Siapa-siapa pun ada buat salah, tak dapat lari tu!!!! Kesalahan-kesalahan itu lah yang menimbulkan sesuatu isu. Pokok pangkalnya, terangkanlah dengan jelas apa matlamat perjuangan kita, apa natijahnya? InsyaAllah, kalau perjuangan menegak dan menggemilangkan Islam diterangkan dengan detail dan teratur, ramai manusia akan terpikat sehinggakan orang yang keras hati pun boleh lembut hati. Dan kita perlu faham, masih ramai orang kita yang tidak faham dengan HUKUM HUDUD dan tidak arif dengan Islam, atau dengan kata lain JAHIL Maka tanggungjawab kita lah untuk menerangkan kepada mereka dengan penuh sabar dan ikhlas kerana Allah S.w.t. Dengan niat kita sayang kan mereka kerana mereka pun ada lah saudara-saudara kita sendiri. “Tidak beriman seorang kamu sehinggakan dia sayangkan saudaranya sepertimana dia sayangkan dirinya sendiri”. Fikir-fikirkanlah wahai saudara-saudaraku.

Jika dedua pihak bermain emosi, masing-masing bermain emosi sampai bila tidak habis pertikaian sesama Islam kita. Kita perlu cari jalan penyelesaian yang jitu dan kemas dan jalan penyelesaiannya perlu dilakukan dengan HIKMAH / BIJAKSANA. Tanggung jawab menyuruh membuat kebaikan dan melarang membuat kejahatan perlu diteruskan. Tetapi teruskanlah dengan berhikmah dan penuh sabar, insyaAllah, Allah akan bantu kita jika kita pun kena cara kelakuan kita.

Dan bagi mereka yang tidak suka kepada orang yang mengajak kebaikan dengan cara keras, jangan lah hanya memandang pada peribadi orang tersebut sahaja. Kita semua ada buat silap dan bersalah. Terus terang saya kata, tak kira orang PAS, orang BN, semua ada kesalahan masing-masing. Maka kita jangan melihat pada peribadi orang itu sangat, kita lihat lah pada apa dasar perjuangannya. Jika ada salah silap tu tegurlah mana-mana patut. Tetapi yang perlu kita fikir dan pertimbangkan adalah, kita sebagai orang Islam, adakah kita masih mahu memakai undang-undang penjajah? Secara analoginya, sama macam kita katakan undang-undang penjajah itu lebih hebat dari undang-undang Allah , walaupun kita tak mengatakannya secara terang-terangan. Fikir-fikirkanlah wahai saudara-saudaraku. Buang lah ego masing-masing, kita semua nanti akan masuk ke dalam tanah belaka. Sebelum kita masuk ke dalam tanah, biar lah kita buat apa yang Allah redha. Ingat, undang-undang lah mengatur perjalanan hidup manusia, tanpa undang-undang maka pincang lah manusia. Maka pilihlah undang-undang yang terbaik, best of the best!

Akhir kata satu sahaja yang saya mahu tanya anda. Undang-undang yang ALlah bagi dalam AlQuran dan AlHadith lebih baik ke atau undang-undang Malaysia yang kita pakai sekarang lebih baik? haaa pilih la mana satu ……. anak tok imam makan ikan tenggiri, kita ada otak, kita fikirlah sendiri!!!!!!!!!! wallahu a’lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan