6 Dis 2010

Hukum Islam telah dijalankan di zaman dahulu di Tanah Melayu

Salaam alaikum w.b.t… Tahukah anda bahawa HUkum Islam / Hudud telah pun dijalankan di Tanah Melayu ini sebelum kedatangan penjajah dahulu? Saya pasti masih ramai yang tak tahu dan tak percaya. Tetapi ketahuilah bahawa inilah kebenaran dan sejarah berdasarkan fakta-fakta yang ada dan logik akal.
Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Ini menjadikan Melaka sebagai kesultanan Melayu Islam pertama di tanah air ini. Parameswara telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah. Baginda diIslam kan oleh seorang pendakwah dari Jeddah yang bernama Sayyid Abd Aziz.
Ketahuilah bahawa, Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Hukum kanun Melaka ini meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. HUkuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.
Hukum Kanun Melaka telah memperuntukkan hukum Qisas dalam fasal 5:1,3 , 8:2,3, 18:4, dan 3. Antaranya ialah berkenaan dengan pembunuhan dengan sengaja yang dilakukan oleh orang Islam ke atas orang kafir, orang merdeka ke atas hamba dan bapa ke atas anaknya. HUkum kanun Melaka tidak mengenakan qisas bagi kesalahan-kesalahan tersebut.

Hukum Kanun Melaka memasukkan kesalahan melakukan hubungan sesama jenis (liwat) dan hubungan kelamin dengan binatang seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 43:5. Dalam Fasal 42 pula, memperuntukkan 40 kali sebat ke atas orang merdeka dan 20 kali sebat ke atas hamba yang melakukan kesalahan meminum arak. Dalam Fasal yang sama itu juga ada diperuntukkan hukuman bagi kesalahan berjudi iaitu dirampas semua barang perjudiannya.
Antara contoh lain iaitu hudud dalam Hukum Kanun Melaka yang meliputi kesalahan zina, qazaf, merompak, mencuri, murtad, dan meninggalkan sembahyang. Ini adalah sedikit dari contoh-contoh hukum hudud yang telah dijalankan di zaman dahulu yang pada masa ini telah digeruni bukan sahaja oleh bukan Islam, tetapi orang Islam sendiri yang takut kepada HUKUM yang dapat menjamin kesejahteraan sejagat ini. Kita telah ditakut-takutkan oleh musuh Islam kepada hukum yang dicipta oleh pencipta segala sesuatu ini. Allah menciptanya dan sudah tentulah ia adalah BEST OF THE BEST law.
Malangnya umat Islam sekarang ini bukan sahaja takut dengan hukum agama sendiri, malah ada juga yang merendah-rendah dan memperli HUKUM ALLAH, astaghfirullah. Ketahuilah Hukum Islam ini adalah wajib sepertimana solat, zakat dan sebagainya kerana ia terkandung dalam ayat berbentuk perintah dalam Al Quran. Contohnya seperti ayat 2 Surah An Nur ini yang bererti, “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”
Antara hikmah ALlah perintahkan supaya kedua-duanya didera di hadapan orang ramai agar menjadi pengajaran kepada orang lain. Orang akan takut untuk melakukan dosa tersebut dan ibu bapa akan aman dari anak-anak mereka terjebak dalam gejala zina ini. Jika kita ikut undang-undang yang dikenakan kepada penzina sekarang, hukuman dilakukan secara rahsia dalam bilik mahkamah, tidak dilakukan di hadapan orang ramai. Dan yang sedih lagi orang-orang yang punyai banyak wang boleh terlepas begitu sahaja dengan hanya membayar denda. Pasti lain kali dia tidak takut untuk melakukannya lagi. Ini semakin membuatkan orang tidak takut untuk melakukannya dan siapa yang tidak aman?? Ibu bapa2 juga lah yang tidak aman, tak ke menyusahkan ke tu? Isy7 fikir-fikirlah wahai saudara-saudaraku.
Sepertimana hukuman gantung yang diamalkan sekarang kepada pesalah-pesalah tertentu. Hukuman gantung itu seksa wahai tuan-tuan dan puan-puan, nampak sahaja tak kejam. Sedangkan dalam Islam, hukuman bunuh sepatutnya dijalankan hukum pancung. Nampak je kejam, tetapi sebenarnya itulah hukuman paling lembut. Sekali cantas habis, apabila urat murih putus maka hubungan urat dengan otak sudah tiada. Maknanya si mati itu tidak akan mengalami seksa langsung untuk mati. Tak ke lembut tu wahai saudara-saudaraku? Sedangkan hukuman gantung itu dijalankan sampai pesalah itu mati. Maknanya, selagi pesalah itu tidak mati selagi itu lah dia terkapai-kapai tersiksa di atas tali gantung, isy7.
Dan antara Hukum Islam yang paling ditakuti ialah mencuri kena kerat tangan. Kita telah ditakut-takutkan dan media barat telah menggambarkan betapa buruknya hukuman kerat tangan ini. Sampai ada yang menyatakan nanti kita akan makan sup tangan la dan macam-macam lagi, isy7. Betapa tidak fahamnya orang yang berfahaman sebegitu. Kita perlu tahu, kalau setakat mencuri roti kerana lapar, kalau setakat mencuri seringgit dua ringgit, tidak akan dikenakan kerat tangannya! Islam ada hukum ta’zir, iaitu hukuman yang diringankan oleh pemerintah dengan sebab-sebab tertentu untuk meringankan hukuman tersebut.
Hukum Islam tidak zalim seperti yang disangkakan , tetapi musuh-musuh Islam yang benci kepada agama yang suci ini telah mempropagandakannya dan melabelkan Hukum Islam sebagai Hukum yang keji, astaghfirullah. Maka kita tengok lah sekarang berleluasa lah rompakan di sana sini, mencuri di sana sini, orang pecah rumah, tahan kereta, ragut dan sebagainyaa, aman kah keadaan sebegini rupa wahai saudara-saudaraku?? Fikir-fikirkanlah bahawa Undang-undang Islam adalah untuk PEACE iaitu keamanan, bukannya untuk menimbulkan kacau bilau. Yakinlah dengan ciptaan Yang Maha Esa itu wahai saudara-saudaraku!!!
Kenapa anda takut sangat dengan Hukum kerat tangan? Anda ada niat nak mencuri ke? Ada niat nak merompak ke? Hehe Ntah kenapa orang Islam kita terlalu takut dengan hukuman kerat tangan, sedangkan ianya akan dijatuhkan kepada pesalah yang kronik sahaja. Pesalah yang sudah diberi peluang bertaubat oleh Qadhi, tetapi melakukannya lagi. Pesalah yang boleh membahayakan nyawa ramai orang awam. Perlu dibiarkan ke pesalah-pesalah begini? Adakah anda lebih sayangkan mereka dari sayangkan saudara, jiran dan rakan anda? Fikir-fikirkanlah wahai kaumku. Lagi pun dengan hukuman kerat tangan sebelah itu, itulah cara terbaik untuk menginsafkan manusia yang sememangnya berhati keras dan jahat. Ada hikmahnya yang tersendiri, ALlah dah tahu belaka cuma kita sahaja yang malas berfikir dan suka mengikut nafsu dan kepuasan kita semata-mata.
Maka tidak adakah di hati kita perasaan ingin melihat semula Hukum Allah tersebar di muka bumi? Berbalik semula kepada sejarah Hukum Islam di negara kita. Hukum Islam mula terpinggir dan dikategorikan hanya di mahkamah syariah sejak kedatangan penjajah British. Habis semua undang-undang lama dirombak dan diganti dengan undang-undang ciptaan Lord Reid. Bermakna kita semua sekarang ini berada dalam satu sistem cara hidup yang diatur oleh Lord Reid itu. Dan ada yang bermati-matian mempertahankan undang-undang tersebut dan takut untuk menjalankan Hukum Islam dengan pelbagai alasan. Antara alasan yang kerap didengar ialah kerana kita sekarang hidup dalam berbilang kaum dan agama. Sebenarnya alasan itu tidak relevan sama sekali. Kerana Undang-undang Islam hanya wajib diikuti oleh orang-orang Islam, sedangkan orang bukan Islam akan diberi pilihan berkenaannya dan ada pengecualian dalam hal-hal tertentu. Dan ianya boleh dirunding sebenarnya, tetapi usaha ke arah itu tiada kerana pihak yang berwajib kurang keyakinan dan alangkah sedihnya keadaan ini terjadi.
Sudah lupakah kita dengan tertegaknya HUkum Islam di tanah air kita dahulu kala membuatkan negara kita banyak hasil bumi? Membuatkan kemakmuran masih dirasai hingga sekarang? Membuatkan negara-negara penjajah yang kurang hasil bumi itu datang ke sini untuk menjajah dan merampas hasil bumi orang? Lupakah kita semua pada keberkatan HUkum Islam yang telah memakmurkan kita sekarang? Tepuk dada tanya iman kita …….
Cukup sekadar ini dahulu buat kali ini dan saya akhiri dengan sepotong hadith. Waallahu a’lam , wassalaaam
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:
Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.
Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “.
H.R Ibnu Majah

Mengapa Hukum Islam Terabai

Bismillahirrahmaani [a]r-Rahiim
Sabda nabi yang bermaksud, “Allah itu indah dan Dia suka kepada yang indah2″. Agama Islam pun adalah satu agama yang indah, asalkan keindahan itu tidak melanggar syariat dan berada di batasan (hudud) nya. Samalah dengan kehidupan manusia ini, mestilah mengikut hudud yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Tetapi kita terutama nya di Malaysia ni, masih tidak mengikut hudud Allah tetapi mengikut hudud British yang telah mempusakainya pada kita sejak merdeka dahulu. Bayangkanlah, negara2 lain mendapat kemerdekaan dengan titisan darah, tetapi Malaysia mendapat kemerdekaan dengan secara rundingan iaitu Tunku Abd Rahman pergi berunding sendiri ke Britain. Penjajah tidak sekali2 akan memberikan kemerdekaan free begitu sahaja, tetapi ada udang di sebalik batu karang .
Maksudnya : “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan laranganNya),nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
(Surah at-Talaaq, ayat 2-3)
Maksudnya : “(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad), Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah, (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.”
(Surah al-A’raaf, ayat 3)
Maksudnya: “Mereka suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepada kamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.”
(Surah al-Maa’idah, 42)
Penjajah British yang telah menghabiskan banyak wang, masa, nyawa askar2 mereka dan sebagainya tidak akan dengan mudah memberikan Malaysia kemerdekaan melainkan akan ada manfaat yang diperolehi oleh mereka selepas Malaysia melaungkan merdeka, fikir-fikirkanlah wahai saudaraku semua!! Allah dah berfirman “Dan tidak akan redha orang2 yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan mereka”. Dan ketahuilah bahawa dalam agama Kristian adalah wajib hukumnya untuk mengajak orang lain untuk masuk Kristian ataupun sekurang-kurangnya ikut jalan mereka.
Kita memakai undang-undang yang dirangka oleh Lord Reid, yang sudah pastinya bukan nya seorang Islam, apalagi untuk mengikut undang-undang Islam. Undang-undang sebelum merdeka dulu kita masih pakai hingga ke hari ini walaupun ada beberapa pindaan yang telah dibuat. Perasankah kita semua wahai saudara-saudaraku yang ku kasihi bahawa kita mengikut hukum yang dibuat oleh orang yang kufur kepada Allah?
Siapa-siapa pun boleh membuat undang2 kalau begitu, budak-budak pun boleh buat undang2, tetapi adakah undang2 itu adil untuk semua? Siapa kita ini untuk pepandai nak hukumkan orang lain? Adakah kita ini pembuat orang lain itu? Adakah kita memahami setiap jiwa dan raga orang lain itu? Sudah tentulah Allah S.W.T yang mencipta manusia dan faham hati2 semua makhluknya. Dia Maha memahami apa yang baik dan apa yang buruk bagi manusia. Sebab itu lah Dia telah gariskan panduan2 serta law untuk diikuti agar mendatangkan keamanan, kesejahteraan semua orang dan bukan kepada orang2 atau golongan tertentu sahaja. Islam adalah untuk semua agar semua orang akan senang dan aman dengannya. Jika hukum Allah terlaksana maka insyaAllah tidak akan timbul lah persoalan perbezaan darjat, jurang ekonomi, jenayah2 berat, perbalahan sesama sendiri dsbnya. Tetapi kerana iman (keyakinan) kurang maka Hukum Allah dianggap sebagai kuno, ketinggalan zaman, x relevan dsbnya, astaghfirullah .
British telah banyak brainwash pemikiran umat islam terutamanya di Malaysia ini. Dengan menapis sistem pendidikan Islam di Malaysia yang hanya belajar perkara-perkara tertentu dan tidak menyeluruh ilmu fardhu ainnya. Pengajian kitab-kitab lama tidak ditekan kan secara umum agar semua orang faham fikrah Islamiyyah tetapi hanya segelintir sahaja mendalami ilmu agama dan akhirnya membuatkan ilmu-ilmu lain terpisah dengan agama.
British telah berjaya membuatkan pemikiran orang Islam sekarang takut kepada hukum Islam sendiri. Takut untuk mengamalkan undang-undang yang sudah pasti akan menjamin keamanan dan kesejahteraan untuk semua dan tidak terpesong akidah umat Islam. Maka wujudlah sekarang ini mat dan minah2 rempit, gian, rock, bohisia, bohjan dan sebagainya, astaghfirullah.
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:
    1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
    2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.
    3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
    4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
    5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “.
H.R Ibnu Majah
Penyebab disegerakan bala Allah yang ke 5 di atas adalah seperti mana yang berlaku lama dah kat Malaysia sekarang. Iaitu ketidak-laksanaan Hukum Islam yang berasaskan kepada 4 sumber hukum dalam Islam iaitu Al Quran, As Sunnah, Ijma’ Ulama’ dan Qias. Sama-samalah kita ingat bahawa Bosnia, Iraq, Lubnan dsbnya dulu adalah negara yang makmur dan mewah seperti Malaysia sekarang ini juga. Dan adalah tidak mustahil Malaysia akan menuruti jejak langkah mereka jika keadaan seperti sekarang masih dimaintain, iaitu hukum Islam terabai. Perlu diingat pada sejarah, bahawa Hukum Islam telah terlaksana pada zaman dahulu kala iaitu ketika Empayar Kerajaan Melaka tersebar luas di Asia Tenggara. Pada masa itu, Tanah Melayu ini rata2 memakai Hukum Islam, cuma kalau di Melaka dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka dsbnya.
Tetapi sekarang, Malaysia sudah lama mengabaikan Hukum Allah itu dan adalah tidak mustahil bumi Malaysia ini akan begitu mudah dimamah oleh musuh2 Islam kelak, na’uzubillah. Kedatangan penjajah dulu mempunyai seribu makna sebenarnya, kerana ia adalah agenda musuh-musuh Islam untuk melemahkan Islam dan merupakan arahan dari orang2 atasan mereka yang berpusat di kerajaan Dajjal dan Iblis!
Kemerdekaan yang kita capai sekarang ini bukan kemerdekaan yang sebenar2nya. Malaysia sebenarnya tidak merdeka tetapi hanya diberi dan disogok dengan kemewahan oleh British agar umat Islam semua akan hanyut dalam arus dunia yang hanya menipu semata2 ini.
Firman Allah swt dalam al-Qur’an:
Maksudnya : “Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?”
Dengan itu akan wujudlah jurang perbezaan darjat, kaya terlampau miskin terlampau, sombong, hasad dengki, khianat dsbnya. Jika semua org ingin hidup sederhana dan balance antara satu sama lain, tidak akan berlaku semua ni. Jika semua orang hidup sederhana dan balance antara satu sama lain, baru lah akan wujud ketenangan dan kedamaian yang sebenarnya dan dapat mengabdikan diri pada Allah dengan sebaik mungkin tanpa ada pergaduhan, iri hati, hasad dengki dsbnya. Akan tetapi manusia angkuh, merasa diri sudah pandai tanpa berharap pada Allah, bersifat tamak dsbnya , hingga tidak mahu mengikuti kesederhanaan dan keseimbangan yang dianjurkan dalam Islam.
Firman Allah swt dalam al-Qur’an:
Maksudnya : “Sebenarnya hukum hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Surah Yuusuf, ayat 40)
Maksudnya : “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.”
(Surah al-Maa’idah, ayat 44)<!--[if !supportLineBreakNewLine]--><!--[endif]-->
Maksudnya : “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
(Surah al-Maa’idah, ayat 45)

Maksudnya : “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang fasik.”
(Surah al-Maa’idah, ayat 47)

Apa yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan ana sendiri. Mohon maaf jika ada kesilapan kerana ana juga manusia biasa.
Wallahu a’lam ………………………………………………………………………………………………