Bismillahirrahmanirrahiim… Alhamdulillahi Rabbil A’lamiin.. wassolatu
wassalamu a’la rasuli al-amin, wa a’la alihi wasahbihi ajma’in…
Dakwah Satu Kerja
Yang Mulia….
‘Sesungguhnya
orang yang paling baik perkataannya ialah mereka yang menyeru kepada
Allah(agama Allah) dan bera’mal soleh dan berkata: ‘sesungguhnya kami daripada
golongan yang berserah diri’.(Quran)
Tugas primer seorang da’ie ialah meneruskan legasi yang perjuangan yang diterajui oleh Baginda Rasulillah. Mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah dan menjauhi Taghut.
Jika seorang
pembesar negeri atau negara berkata kepada seorang pemuda, “kamu akan
menggantikan diriku setelah pemergianku nanti”. Apakah perasaan pemuda
tersebut? Sudah tentu dia akan bergembira dan berasa bangga.
Wahai Umat Nabi Muhammad,
Tidakkah
kalian berbangga kerana kalian telahpun menjadi pengganti yang akan meneruskan
perjuangan yang telah dicetus oleh Sayyiduna Rasul setelah mana turunnya ayat
1-5 surah al-A’laq.
Baginda
melantik kalian sebagai pewaris perjuangannya dengan pengiktirafannya dalam
atsarnya, “sampaikan dariku walaupun satu ayat”. Hadis ini seakan-akan
mengatakan: ‘wahai umatku, sampaikan seruan agama Allah kepada orang lain’.
Dalam satu hadis yang lain, Baginda bersabda:” Sesiapa yang mengucapkan kalimat
‘Lailaha illaLlah’(tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah), maka dia
merupakan seorang pendakwah”.
Setiap jiwa
yang beri’tiqad ‘tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah’ bertanggungjawab
dalam memperjuangankan Allah. Dalam erti yang lain ialah memainkan peranan
dalam ‘lii’lai kalimatiLlahi hiyal u’lya’(meninggikan kalimat Allah yang Maha
Tinggi). Serulah manusia ke jalan yang diredhai-Nya. Ajaklah manusia dengan
nama Allah yang telah menciptakan…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan