1 Apr 2011

Munculnya Imam Mahdi II

Sekadar untuk kongsian ilmu... Bukan paksa untuk mempercayainya.. tetapi fikir-fikirkanlah....... 

  Dalam satu hadis dari Ibn Samurah r.a: dari Nabi SAW yang bermaksud: "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. 

Hadith riwayat Abu Daud, Tarmizi, dan Tabrani.

  Tujuan kedatangan Al-Mahdi ini adalah untuk menguatkan kembali Islam dan untuk menzahirkan keadilan di atas muka bumi Allah. Salah satu daripada tanda-tanda kiamat ialah Zuhurul Mahdi(zahirnya Mahdi). Jika kita lihat kepada pengkhususan dalam hadis, kedatangan Nabi Isa disebut sebagai Nuzulul Isa(turunnya Isa) manakala kedatangan Dajjal LaknatuLlahi alaih disebut sebagai Khurujud Dajjal(keluarnya Dajjal) tetapi mengapa kedatangan Al-Mahdi disebut sebagai Zuhurul Mahdi??? 

  Para ulama' menafsirkan bahawa demikian kerana Imam Mahdi sudahpun lahir pada zaman tersebut tetapi beliau masih belum diangkat menjadi Imam. Kedatangan Al-Mahdi nanti akan menjadi garis pemisah antara alamat kiamat kecil dengan alamat kiamat besar. Sebelum zahirnya Imam Mahdi akan terjadinya pelbagai alamat ataupun tanda yang boleh pembaca mendapatkan maklumat di  http://aslim-taslam.blogspot.com/2011/03/hari-akhir-dan-munculnya-al-mahdi_4458.html .


  Seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Hurairah mengatakan bahawa beliau apabila mendengar hadis Baginda Nabi, beliau akan mengkelaskan hadis-hadis tersebut kepada dua iaitu satu yang boleh diceritakan kepada orang lain dan satu lagi yang tidak boleh diceritakan kepada orang lain. Apabila ditanya mengapa beliau berbuat demikian beliau menjawab, "aku takut apabila aku mengkhabarkan kepada orang ramai, mereka akan mengatakan yang aku ini sesat dan mungkin mereka juga akan sesat"... Dan salah satu daripada atsar(warisan) Abu Hurairah ada mengatakan bahawa Nabi bersabda yg maksudnya berbunyi: "Negara Misr(Mesir) akan diperintah oleh seorang pemerintah yang zalim. Pemerintah tersebut bernama HAM (ﺣﻢ). Namun selepas pemerintah tersebut dijatuhkan dia akan diganti oleh seorang pemerintah Malikul Misr(Pemerintah Mesir) yang soleh". 

  Cerdik pandai menafsikan bahawa HAM tersebut merupakan taksir(ringkasan/pendek) kepada nama Husni Mubarak.  Iaitu Ha untuk Husni dan Mim untuk Mubarak. Sekarang ini apa yang dapat kita saksikan ialah kejutan rejim kuku besi Husni Mubarah di Mesir. Apa yang kita tunggu-tunggukan selepas ini ialah kenaikan pemerintah yang soleh. Sama-sama kita tunggu dan saksikan.... Untuk pengetahuan semua, mungkin bagi yang pernah belajar di Mesir mengetahuinya, sistem pemerintahan yang di amalkan di Mesir ialah sistem Dhawari'(darurat) iaitu sistem yang mana sesiapa yang disyaki bersalah akan ditangkap tanpa ada perbicaraan sepertimana yang  dilakukan kepada pemuda-pemuda Ikhwan Muslimin. Dan di Mesir juga mengamalkan sistem kerahan tenaga iaitu rakyat perlu bersedia untuk menjadi tentera kerahan pada bila-bila masa sahaja.

  Berbalik kepada hadis tadi, mengikut riwayat, pemerintah Mesir yang soleh tadi itulah yang akan membekalkan bantuan ketenteraan kepada tentera Imam Mahdi. Mengikut riwayat lain pula ada mengatakan bahawa Imam Mahdi akan muncul selepas berlakunya perselisihan pada saat kematian seorang khalifah(cendiakawan mengatakan bahawa khalifah yang dimaksudkan ialah raja Arab Saudi iaitu Raja Abdullah). Maka disaat kematian khalifah tersebut maka akan berlaku pergaduhan dikalangan anak-anaknya yang berebut untuk mendapatkan takhta sehingga kejadian tersebut menyebabkan berlakunya pertumpahan darah di Mina.


  Disaat itulah akan berlakunya pengzahiran Imam Mahdi iaitu pada hari para jemaah haji menuju ke mina iaitu pada 10 Muharram. 

  Musim haji pada tahun tersebut pula disertai oleh tujuh orang ulama(juga wali Allah) yang pada mulanya datang daripada negara yang berlainan tetapi kemudian bergabung semata-mata untuk membai'at Imam. Dalam satu riwayat lain mengatakan, pada hari tersebut akan keluar seorang lelaki daripada Ahli Madinah(ulama' berpendapat yang drpd Ahli Madinah ini bukanlah bermaksud bnar2 dri Ahli Madinah ttapi yg brktrunan Ahli Madinah iaitu ktrunan RasuluLlah) berlari ke Mekah kerana dikejar oleh penduduk Madinah yang mengenali beliau sebagai Imam Mahdi. Beliau lari semula ke Madinah apabila mendapati ada tujuh orang ulama' sedang menunggunya di Mekah. Tetapi apabila sampai di pinggir Madinah, beliau mendapati penduduk Madinah sedang menunggunya. Kemudiannya beliau kembali semula ke Mekah. Setibanya beliau di Mekah, beliau dikepung oleh tujuh orang ulama' tersebut yang ingin membai'at beliau. 

   Pada mulanya beliau tidak mengaku yang beliau adalah Imam Mahdi, tetapi selepas diugut akan dibunuh oleh ulama' tersebut dan jga beliau akan menanggung dosa umat yang sedang hidup dalam ketiadaan khalifah maka beliau pun mengaku.. maka seperti disebutkan didalam hadis Nabi, "sesungguhnya Allah telah menyempurnakan akhlaknya(al-Mahdi) dalam satu malam".



 Bersambung pada perbincangan mengenai tentera As-Sufyani..... maaf mungkin memakan masa sedikit untuk sambungan seterusnya...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan