2 Apr 2011

Qasidah Cinta Untuk Kekasih

"Kami mengharapkan rahmatMu"
"Dengan lidah yang berdosa"
"Allah Azza wa Jalla"
"Ya Rasulullah, hidupmu yang merupakan rahmat kepada seluruh alam sentiasa berada dalam hati kami"

"Kami melihatmu dengan mata hati kami"
"Pada tahun pertama usia engkau, engkau berada dalam keluarga Bani Saad"
"Para wanita tidak mahu menyusukan engkau"
"Dengan sebab itu, langit menjadi mendung tanda kemarahan"
"Mendung tanpa menitiskan setitik hujan"
"Tanah Bani Saad menjadi kering kerana kemarau"
"Mendung sedikit di dada langit"

"Denganmu difitnah, sentiasa (langit) menaungimu selamanya"
"Manusia berkumpul untuk berdoa supaya diturunkan hujan"
"Saiyyidah Halimah membawamu dalam peliharaannya"
"Dengan wajahnya, maka cahaya matahari terhalang darimu"
"Kecuali sedikit mendung yang ada di langit"

"Denganmu difitnah, langsung tidak melemahkanmu"
"Engkau berada dalam peliharaan seorang rahib yang membujang untuk beribadat"
"Melihat keindahan kedua-dua mata engkau"
"Sehingga rahib lupa terhadap kemarau, hujan dan doa"
"Akan tetapi engkau tidak pernah lupa"

"Terjadinya mendung yang kecil itu dengan sebab penglihatan engkau"
"Roh-roh kami menjadi tebusan kepada mata ini yang memandang ke langit"
"Terjadinya mendung yang kecil itu dengan sebab penglihatan engkau"
"Maka mendung itu semakin besar dan bertambah besar.. dan bermulalah titisan-titisan hujan turun dengan lebatnya bersama pancaran kilat"

"Akan tetapi kebanyakan manusia tidak tahu sebab turunnya hujan"
"Kebanyakannya tidak kenal siapa engkau"
"Pada usia engkau mencapai 6 tahun, dalam perjalanan ke Madinah Al-Munawwarah"
"Dengan ditemani ibumu dan Ummu Aiman"
"Engkau telah merasai hidup yatim di sisi kubur bapamu"
"Dan di Abwa', engkau menghampiri waktu kehilangan ibumu"
"Engkau memasuki Mekah tanpa ibumu"

"Maka bertambahlah cinta Abdul Mutalib kepadamu"
"Dan bertambah jugalah cinta Abu Talib terhadapmu"
"Ya Rasulullah, adakah terdapat kanak-kanak di Mekah yang memanggil ibu-ibu mereka di sisimu?"

"Adakah engkau memandang ke tanah bumi apabila mereka memanggil 'Wahai ibu'?"
"Sudah berapa banyak angin Mekah membawa air matamu ke Abwa'?"
"Berapa malam engkau telah menangis menyeru 'Ibu! Ibu!'?"
"Wahai tuanku, keranamulah kami memanggil ibu-ibu kami: 'Wahai ibu'"
"Wahai tuanku, keranamulah kami memanggil bapa-bapa kami: 'Wahai ayah'"
"Pada usiamu mencapai umur 25 tahun, engkau berbeza daripada sekelian manusia"
"Tiada seorangpun yang lebih hebat daripada engkau"

"Harumanmu yang suci mengutuskan kasih sayang"
"Suaramu mengutuskan keamanan"
"Engkau adalah Muhammad Al-Amin"
"Pada usiamu mencapai umur 33 tahun, rahmat mencurah-curah bagaikan ombak-ombak"
"Pada usiamu mencapai umur 35 tahun, marilah.. janganlah engkau lewat wahai kekasih"
"Pintu-pintu langit berdengung diketuk-ketuk"

"Marilah.. janganlah engkau lewat wahai kekasih"
"Dada-dada menjadi sempit kerana lamanya menunggu kedatangan seorang Rasul"
"Marilah.. janganlah engkau lewat wahai kekasih, kamu dijemput datang ke Jabal Nur"
"Pada usiamu mencapai umur 40 tahun, engkau berada di dalam Gua Hira di atas Jabal Nur"
"Malaikat Jibril turun dari langit, setiap zarah yang wujud melaungkan selawat dan salam ke atas engkau"

"Setiap hati yang wujud ini mengadu rasa rindu terhadapmu"
"Engkau bagi kami umpama cahaya subuh pada kegelapan malam"
"Engkau adalah Nabi Allah, engkau adalah Kekasih Allah, engkau adalah Rasulullah"
"Mereka berkata: Siapa yang boleh menyelamatkan engkau dan memelihara engkau daripada kami?"

"Engkau... engkau mengatakan: Allah, Allah Azza wa Jalla"
"Langit diselubungi perasaan takut"
"Engkau mengatakan: Allah, arasy yang tertinggi bergoncang"
"Engkau telah mengatakan Allah ketika di Badar"
"Maka turunlah 3 ribu malaikat bersama kuda-kuda mereka"
"Bersamamu 125 ribu para sahabat, mengatakan: Demi bapaku, ibuku dan kamu wahai Rasulullah"

"Wahai Rasulullah, sedang engkau berjalan di jalan-jalan Madinah Al-Munawwarah"
"Apabila engkau ternampak anak-anak perempuan Bani Najar yang kecil"
"Mereka tidak pernah mengetahui apa yang mereka buat dalam keseronokan itu"
"Engkau bertanyakan mereka: Adakah kamu semua mencintai aku?"
"Maka mereka menjawab: Ya, kami mencintaimu wahai kekasih Allah"
"Dan engkau berkata: Allah Maha Mengetahui bahawa aku juga mengasihi kamu semua"
"Ramai remaja pada zaman ini, mereka bukan anak-anak perempuan Bani Najar"
"Akan tetapi mereka juga mencintaimu"

"Air mata mereka menjadi saksi bahwa mereka juga mencintaimu melebihi diri mereka sendiri"
"Tiada seorangpun daripada mereka melainkan engkau"
"Dan Allah Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya engkau, engkau juga mengasihi mereka"
"Pada usiamu mencapai umur 60 tahun, engkau berdoa dan menyebut: Wahai Teman Yang Maha Tinggi"

"Engkau memakai jubah yang diperbuat daripada bulu yang telah dijahit untukmu"
"Di tepinya berwarna putih, engkau memakainya dan keluar di hadapan para sahabatmu"
"Engkau meletakkan kedua-dua belah tanganmu di atas kedua-dua lututmu"
"Dan engkau berkata: Adakah kamu semua tidak nampak betapa cantiknya ia?"
"Maka seorang di antara mereka yang berada dalam majlis pun menyeru"
"Berikanlah ia kepadaku, aku menebusnya kepadamu dengan bapaku dan ibuku wahai Rasulullah"

"Mengapa dia memintanya daripada engkau sedangkan dia tahu bahawasanya dia mempersonakan engkau?
"Dan dia tahu dengan yakin bahawasanya engkau tidak akan mengatakan: Tidak"
"Maka engkau telah memberikannya kepadanya"
"Dan engkau pulang memakai jubah engkau yang bertampal-tampal"
"Tinggal seminggu lagi pertemuan dengan kekasih"
"Mereka telah menjahit sendiri jubah untukmu beberapa kali"
"Akan tetapi telah tidak pernah ditakdirkan untukmu memakainya"
"Engkau menyampaikan berita melalui lidah Abu Hurairah"
"Sesungguhnya akan datang selepasku segolongan manusia yang mengatakan"
"Kami sangat suka jika kami dapat melihat nabi kami walaupun dengan harta-harta kami dan anak-anak kami"

"Engkau telah menceritakan kepada Anas tentang rindumu terhadap saudara-saudaramu"
"Engkau mengatakan: Aku merindukan saudara-saudaraku yang beriman kepadaku walaupun tidak pernah melihat aku"
"Wahai kekasihku, engkau menyeru dari atas mimbar Madinah: Ummati, Ummati. Sedangkan kamu sedang memakai pakaian yang menyedihkan"
"Wahai sesiapa yang menyeru nama Allah kepada manusia dari mihrab Mekah"
"Demi sifat Allah Yang Maha Lembut, kami bersaksi kepada engkau sedang kami berlutut dan berjanji dengan engkau"

"Kami beriman dengan segala apa yang engkau bawakan daripada sisi Tuhanmu"
"Kami dengar dan kami taat"
"Wahai Rasulullah, engkau masih pada usia 40 tahun"

"Engkau masih menjadi pemimpin umatmu"


Mahrajan (Festival) Anugerah Al-Mahabbah 2008, ABU DHABI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan