Sedikit perkongsian ilmu untuk para pembaca sekalian...... Perbincangan mengenai Imam yang dinanti-nantikan, Al-Mahdi.
Sesungguhnya kemunculan Imam Mahdi di akhir zaman telah diyakini dan diimani oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan ramai tokoh-tokoh utamanya meriwayatkan hadith tentang Al-Mahdi. Di antara mereka ialah Abu Daud, At-Turmizi, Ibnu Majah, Imam Ahmad, At-Tabarani, An-Nasaie, Ibnu Hibban, Muslim dan Al-Bukhari (rujuk hadith di atas).
Di samping itu, hadith-hadith mengenai kemunculan Al-Mahdi turut diriwayatkan oleh para sahabat utama Rasulullah SAW spt Ibnu Mas’ud, Ummu Salamah, Saidina Ali krw, Tsuban, Abu Hurairah, Ibnu Abbas, Saidina Uthman Affan, Qurah bin Qias, Huzaifah Al-Yaman, Ammar bin Yassir, Anas bin Malik, Abdul Rahman bin Auf dsb.
8. Syeikh Daud bin Syeikh Abdullah Al-Pattani menyebut di dalam kitabnya Darus Tsamin m.s 69.
Dalam sebuah hadis, yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): “Pada akhir umatku, akan keluar al-Mahdi. Allah SWT menurunkan hujan kepadanya, bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya, harta akan dibahagikan sama rata, binatang ternak melimpah dan umat menjadi mulia, dia akan hidup selama tujuh atau lapan (iaitu musim haji).
Begitu juga hadis daripada Abu Sa’id r.a, yang berkata: Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): "Aku berikan khabar gembira kepada sekalian kamu dengan al-Mahdi, yang diutus pada saat manusia berselisih dan banyaknya kegoncangan.
Dia akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagai mana sudah dipenuhi dengan kezaliman dan kezaliman sebelumnya.
Penduduk langit dan penduduk bumi meredainya, ia akan membahagikan harta dengan cara shihaah (merata di antara manusia).”
Baginda SAW bersabda lagi: “Dan Allah SWT memenuhi hati umat Muhammad SAW dengan kekayaan (iaitu rasa puas), meliputi mereka dengan keadilannya, sehingga dia memerintah seorang penyeru, maka penyeru itu berkata, “Siapakah yang memerlukan harta?
Lalu tidak seorang pun berdiri kecuali seorang. Dia (iaitu al- Mahdi) berkata, “Temuilah penjaga (gudang harta) dan katakan kepadanya, “Sesungguhnya al-Mahdi memerintahkanmu untuk memberikan harta kepadaku.’ Kemudian dia (penjaga gudang) berka ta kepadanya,‘Ambillah sedikit!’
Sehingga ketika ia sudah menyimpan di pangkuannya dan menampakkan, ia menyesal dan berkata, “Aku adalah umat Muhammad yang paling rakus atau aku tidak mampu mencapai apa yang mereka capai?”
Baginda berkata (lagi): “Lalu ia mengembalikannya dan harta itu tidak diterima. Maka para penjaga gudang harta berkata padanya: ‘Sesungguhnya kami tidak menerima apa-apa yang telah kami berikan.’
Demikianlah yang akan terus terjadi selama tujuh tahun atau lapan tahun atau sembilan tahun. Kemudian tidak ada lagi kehidupan yang baik setelah itu.” Atau Baginda berkata: “Kemudian tidak ada lagi hidup yang baik selepasnya.”
Demikianlah beberapa hadis yang saya kemukakan mengenai Imam Mahdi. Ia adalah antara tanda Kiamat yang besar. Hadis ini juga menunjukkan bahawa selepas kematian al-Mahdi, akan berlaku keburukan dan pelbagai fitnah yang besar.
Untuk mengetahui siapakah sebenarnya Imam Mahdi, ada beberapa hadis menyebut mengenainya.
Antaranya, hadis riwayat Imam Ahmad daripada Ali r.a, beliau berkata: “Rasulullah SAWbersabda (yang bermaksud): al-Mahdi daripada keturunan kami, Ahlul Bait. Allah akan memperbaikinya dalam satu malam.”
Ibnu Kathir berkata: “Maknanya adalah memberikan taubat, memberikan taufik kepadanya, menjadikannya ilham dan membimbingnya padahal sebelumnya tidak demikian.”
Begitu juga dalam hadis yang lain iaitu daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): “Al-Mahdi daripada keturunanku, dahinya lebar, hidungnya mancung. Dia memenuhi bumi dengan keadilan, sebagai mana bumi sudah dipenuhi dengan kezaliman dan kezaliman sebelumnya.
Dia berkuasa selama tujuh tahun.”
Manakala hadis daripada Jabir r.a, beliau berkata (yang bermaksud): “Isa bin Maryam turun, lalu pemimpin mereka iaitu al-Mahdi berkata, “Solatlah mengimami kami!” Ia berkata: “Tidak, sesungguhnya sebahagian daripada kamu adalah pemimpin bagi sebahagian yang lainnya sebagai suatu kemuliaan yang Allah berikan kepada umat ini.”
Kedatangan Imam Mahdi adalah suatu akidah yang perlu kita yakini.
Bersambung ke bahagian ke-II.....
Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.
Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis. Hadith riwayat At-Tabarani.
Sesungguhnya kemunculan Imam Mahdi di akhir zaman telah diyakini dan diimani oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan ramai tokoh-tokoh utamanya meriwayatkan hadith tentang Al-Mahdi. Di antara mereka ialah Abu Daud, At-Turmizi, Ibnu Majah, Imam Ahmad, At-Tabarani, An-Nasaie, Ibnu Hibban, Muslim dan Al-Bukhari (rujuk hadith di atas).
Di samping itu, hadith-hadith mengenai kemunculan Al-Mahdi turut diriwayatkan oleh para sahabat utama Rasulullah SAW spt Ibnu Mas’ud, Ummu Salamah, Saidina Ali krw, Tsuban, Abu Hurairah, Ibnu Abbas, Saidina Uthman Affan, Qurah bin Qias, Huzaifah Al-Yaman, Ammar bin Yassir, Anas bin Malik, Abdul Rahman bin Auf dsb.
Berikut adalah beberapa pendapat ulama-ulama besar Ahli Sunnah Wal Jamaah mengenai persoalan mengenai kemunculan Imam Al-Mahdi di akhir zaman secara ringkas.
1. AI-Imam Abu Hanifah menjelaskan di dalam kitabnya Feqhul Akbar bahawa segala tanda-tanda hari qiamat adalah semuanya benar menurut hadits-hadits Rasulullah SAW dan salah satu di antara tanda-tandanya ialah kemunculan Imam Mahdi.
2. Al-Hafiz Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir menjelaskan, “Menurut pendapat yang jelas bahawa di antara Imam yang memimpin manusia itu ialah Al-Mahdi yang telah diberitahu oleh hadits-hadits yang diriwayatkan dan Rasulullah SAW yang menyebut perkara itu. Bukannya yang ditunggu-tunggu oleh golongan Rafidhah, di mana menurut dakwaan mereka Mahdi itu telah dilahirkan kemudian akan muncul pula dan satu gua di Samira’ di dalam negeri Iraq. Pendapat ini tidak ada kebenarannya.”
3. Ibnu Hajar AI-Asqalani menyebut di dalam Fathul Bari (syarah sahih Al-Bukhari), “Telah berkata Abul Hussein Al-Aburie di dalam kitabnya Manaqib As-Syafie,” Telah menjadi khabar mutawatir bahawa Al-Mahdi itu lahir dari kalangan umat ini.”
4. Tersebut di dalam Sahih Muslim Masykul juzu’ kelapan m.s 185 hadits Rasulullah SAW,
Di akhir umatku kelak ada seorang khalifah yang membahagi-bahagikan harta tanpa mengira-ngira.”
Imam At-Tunmizi dan Abu Daud menyebut yang dimaksudkan seorang khalifah itu ialah Al-Mahdi. Dan mereka telah sepakat berkata bahawa hadits-hadits ini adalah hassan dan sahih.
5. Dalam kitab Tuhfah AI-A’laie Fi UImu Tauhid m.s 42,
“Dan bahawasanya turun Nabi Isa ketika Dajal mengepung Mahdi serta pengikut-pengikutnya dalam kota Baitul Maqdis. Maka turun Nabi Isa AS daripada langit atas menara sebelah timur masjid Syam dan pergi ke Baitul Maqdis maka ia membunuh Dajal dengan lembing dan Dajal hancur dengan semata-mata melihat Nabi Isa seperti hancur garam di dalarn air.
6. Ibnu Hajjar Al-Haitami menyebut di dalam kitabnya Fathul Mubin Li Syarah Al-“Arbaiin : “Bahawa Nabi Isa AS tuurn diakhir zaman memusnahkan salib dan membunuh babi sebgaimana tersebut dalam hadith sahih dan ia membunuh Dajjal, ia turun ketika solat Subuh dan berjemaah di belakang Al-Mahdi”.
7. Tersebut di dalam kitab Mastika Hadits Rasulullah SAW yang diterbitkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam bab Beriman Kepada Hari Akhirat,
“Sayugia diingat, bahawa hadits-hadits berkenaan dengan zahinnya Mahdi, keluar Dajal, dan turunnya Nabi Isa AS adalah hadits-hadits yang sampai kepada martabat hadits mutawatir, demikianlah ditegaskan oleh ulama hadits.”8. Syeikh Daud bin Syeikh Abdullah Al-Pattani menyebut di dalam kitabnya Darus Tsamin m.s 69.
“(Dan ketiganya) daripada tanda qiamat yang akan datang daripada beberapa tanda yang besar seperti keluar Mahdi...”
9. Ibnu Taimiyah di dalam kitabnya Al-Minhajul Sunnah An-Nabawiyah juzu’ 4 m.s 211 menyebut,
“Sesungguhnya hadits-hadits yang menyebut zahirnya Imam Mahdi adalah terdiri drp hadits-hadits sahih yang telah diriwayatkan oleh A1-Imam Abu Daud, Turmizi, Imam Ahmad dan lain-lain.”
Kemudian Ibni Taimiyah menyebut pula bahawa Al-Mahdi itu daripada keturunan Sayidina Hassan bin Ali dan bukannya daripada Sayidina Hussin bin Ali sebagairnana yang disebutkan oleh Sayidina Ali r.a (riwayat Abu Daud).
10. Dalam kitab Al-Manarul Munif Fi Sahihi Wad Dha’if karangan Ibni Qaiyim Al-Jauziyah,
“Orang-orang Islam telah bersalah faham pada perkara Al-Mahdi di atas 4 qaul, dan kebanyakan hadits-hadits itu menunjukkan bahawa Al-Mahdi itu seorang lelaki dari ahli bait Rasulullah SAW dan keturunan Sayidina Hassan bin Ali yang keluar pada akhir zaman kelak. Bahawa dunia ini sedang penuh dengan kezaliman dan kejahatan, maka Al-Mahdi itu memenuhkan bumi dengan keadilan dan kebajikan.”Dalam sebuah hadis, yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): “Pada akhir umatku, akan keluar al-Mahdi. Allah SWT menurunkan hujan kepadanya, bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya, harta akan dibahagikan sama rata, binatang ternak melimpah dan umat menjadi mulia, dia akan hidup selama tujuh atau lapan (iaitu musim haji).
Begitu juga hadis daripada Abu Sa’id r.a, yang berkata: Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): "Aku berikan khabar gembira kepada sekalian kamu dengan al-Mahdi, yang diutus pada saat manusia berselisih dan banyaknya kegoncangan.
Dia akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagai mana sudah dipenuhi dengan kezaliman dan kezaliman sebelumnya.
Penduduk langit dan penduduk bumi meredainya, ia akan membahagikan harta dengan cara shihaah (merata di antara manusia).”
Baginda SAW bersabda lagi: “Dan Allah SWT memenuhi hati umat Muhammad SAW dengan kekayaan (iaitu rasa puas), meliputi mereka dengan keadilannya, sehingga dia memerintah seorang penyeru, maka penyeru itu berkata, “Siapakah yang memerlukan harta?
Lalu tidak seorang pun berdiri kecuali seorang. Dia (iaitu al- Mahdi) berkata, “Temuilah penjaga (gudang harta) dan katakan kepadanya, “Sesungguhnya al-Mahdi memerintahkanmu untuk memberikan harta kepadaku.’ Kemudian dia (penjaga gudang) berka ta kepadanya,‘Ambillah sedikit!’
Sehingga ketika ia sudah menyimpan di pangkuannya dan menampakkan, ia menyesal dan berkata, “Aku adalah umat Muhammad yang paling rakus atau aku tidak mampu mencapai apa yang mereka capai?”
Baginda berkata (lagi): “Lalu ia mengembalikannya dan harta itu tidak diterima. Maka para penjaga gudang harta berkata padanya: ‘Sesungguhnya kami tidak menerima apa-apa yang telah kami berikan.’
Demikianlah yang akan terus terjadi selama tujuh tahun atau lapan tahun atau sembilan tahun. Kemudian tidak ada lagi kehidupan yang baik setelah itu.” Atau Baginda berkata: “Kemudian tidak ada lagi hidup yang baik selepasnya.”
Demikianlah beberapa hadis yang saya kemukakan mengenai Imam Mahdi. Ia adalah antara tanda Kiamat yang besar. Hadis ini juga menunjukkan bahawa selepas kematian al-Mahdi, akan berlaku keburukan dan pelbagai fitnah yang besar.
Untuk mengetahui siapakah sebenarnya Imam Mahdi, ada beberapa hadis menyebut mengenainya.
Antaranya, hadis riwayat Imam Ahmad daripada Ali r.a, beliau berkata: “Rasulullah SAWbersabda (yang bermaksud): al-Mahdi daripada keturunan kami, Ahlul Bait. Allah akan memperbaikinya dalam satu malam.”
Ibnu Kathir berkata: “Maknanya adalah memberikan taubat, memberikan taufik kepadanya, menjadikannya ilham dan membimbingnya padahal sebelumnya tidak demikian.”
Begitu juga dalam hadis yang lain iaitu daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): “Al-Mahdi daripada keturunanku, dahinya lebar, hidungnya mancung. Dia memenuhi bumi dengan keadilan, sebagai mana bumi sudah dipenuhi dengan kezaliman dan kezaliman sebelumnya.
Dia berkuasa selama tujuh tahun.”
Manakala hadis daripada Jabir r.a, beliau berkata (yang bermaksud): “Isa bin Maryam turun, lalu pemimpin mereka iaitu al-Mahdi berkata, “Solatlah mengimami kami!” Ia berkata: “Tidak, sesungguhnya sebahagian daripada kamu adalah pemimpin bagi sebahagian yang lainnya sebagai suatu kemuliaan yang Allah berikan kepada umat ini.”
Kedatangan Imam Mahdi adalah suatu akidah yang perlu kita yakini.
Bersambung ke bahagian ke-II.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan