Salaam alaikum w.b.t… Tahukah anda bahawa HUkum Islam / Hudud telah pun dijalankan di Tanah Melayu ini sebelum kedatangan penjajah dahulu? Saya pasti masih ramai yang tak tahu dan tak percaya. Tetapi ketahuilah bahawa inilah kebenaran dan sejarah berdasarkan fakta-fakta yang ada dan logik akal.
Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Ini menjadikan Melaka sebagai kesultanan Melayu Islam pertama di tanah air ini. Parameswara telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah. Baginda diIslam kan oleh seorang pendakwah dari Jeddah yang bernama Sayyid Abd Aziz.
Ketahuilah bahawa, Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Hukum kanun Melaka ini meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. HUkuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.
Hukum Kanun Melaka telah memperuntukkan hukum Qisas dalam fasal 5:1,3 , 8:2,3, 18:4, dan 3. Antaranya ialah berkenaan dengan pembunuhan dengan sengaja yang dilakukan oleh orang Islam ke atas orang kafir, orang merdeka ke atas hamba dan bapa ke atas anaknya. HUkum kanun Melaka tidak mengenakan qisas bagi kesalahan-kesalahan tersebut.
Hukum Kanun Melaka memasukkan kesalahan melakukan hubungan sesama jenis (liwat) dan hubungan kelamin dengan binatang seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 43:5. Dalam Fasal 42 pula, memperuntukkan 40 kali sebat ke atas orang merdeka dan 20 kali sebat ke atas hamba yang melakukan kesalahan meminum arak. Dalam Fasal yang sama itu juga ada diperuntukkan hukuman bagi kesalahan berjudi iaitu dirampas semua barang perjudiannya.
Antara contoh lain iaitu hudud dalam Hukum Kanun Melaka yang meliputi kesalahan zina, qazaf, merompak, mencuri, murtad, dan meninggalkan sembahyang. Ini adalah sedikit dari contoh-contoh hukum hudud yang telah dijalankan di zaman dahulu yang pada masa ini telah digeruni bukan sahaja oleh bukan Islam, tetapi orang Islam sendiri yang takut kepada HUKUM yang dapat menjamin kesejahteraan sejagat ini. Kita telah ditakut-takutkan oleh musuh Islam kepada hukum yang dicipta oleh pencipta segala sesuatu ini. Allah menciptanya dan sudah tentulah ia adalah BEST OF THE BEST law.
Malangnya umat Islam sekarang ini bukan sahaja takut dengan hukum agama sendiri, malah ada juga yang merendah-rendah dan memperli HUKUM ALLAH, astaghfirullah. Ketahuilah Hukum Islam ini adalah wajib sepertimana solat, zakat dan sebagainya kerana ia terkandung dalam ayat berbentuk perintah dalam Al Quran. Contohnya seperti ayat 2 Surah An Nur ini yang bererti, “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”
Antara hikmah ALlah perintahkan supaya kedua-duanya didera di hadapan orang ramai agar menjadi pengajaran kepada orang lain. Orang akan takut untuk melakukan dosa tersebut dan ibu bapa akan aman dari anak-anak mereka terjebak dalam gejala zina ini. Jika kita ikut undang-undang yang dikenakan kepada penzina sekarang, hukuman dilakukan secara rahsia dalam bilik mahkamah, tidak dilakukan di hadapan orang ramai. Dan yang sedih lagi orang-orang yang punyai banyak wang boleh terlepas begitu sahaja dengan hanya membayar denda. Pasti lain kali dia tidak takut untuk melakukannya lagi. Ini semakin membuatkan orang tidak takut untuk melakukannya dan siapa yang tidak aman?? Ibu bapa2 juga lah yang tidak aman, tak ke menyusahkan ke tu? Isy7 fikir-fikirlah wahai saudara-saudaraku.
Sepertimana hukuman gantung yang diamalkan sekarang kepada pesalah-pesalah tertentu. Hukuman gantung itu seksa wahai tuan-tuan dan puan-puan, nampak sahaja tak kejam. Sedangkan dalam Islam, hukuman bunuh sepatutnya dijalankan hukum pancung. Nampak je kejam, tetapi sebenarnya itulah hukuman paling lembut. Sekali cantas habis, apabila urat murih putus maka hubungan urat dengan otak sudah tiada. Maknanya si mati itu tidak akan mengalami seksa langsung untuk mati. Tak ke lembut tu wahai saudara-saudaraku? Sedangkan hukuman gantung itu dijalankan sampai pesalah itu mati. Maknanya, selagi pesalah itu tidak mati selagi itu lah dia terkapai-kapai tersiksa di atas tali gantung, isy7.
Dan antara Hukum Islam yang paling ditakuti ialah mencuri kena kerat tangan. Kita telah ditakut-takutkan dan media barat telah menggambarkan betapa buruknya hukuman kerat tangan ini. Sampai ada yang menyatakan nanti kita akan makan sup tangan la dan macam-macam lagi, isy7. Betapa tidak fahamnya orang yang berfahaman sebegitu. Kita perlu tahu, kalau setakat mencuri roti kerana lapar, kalau setakat mencuri seringgit dua ringgit, tidak akan dikenakan kerat tangannya! Islam ada hukum ta’zir, iaitu hukuman yang diringankan oleh pemerintah dengan sebab-sebab tertentu untuk meringankan hukuman tersebut.
Hukum Islam tidak zalim seperti yang disangkakan , tetapi musuh-musuh Islam yang benci kepada agama yang suci ini telah mempropagandakannya dan melabelkan Hukum Islam sebagai Hukum yang keji, astaghfirullah. Maka kita tengok lah sekarang berleluasa lah rompakan di sana sini, mencuri di sana sini, orang pecah rumah, tahan kereta, ragut dan sebagainyaa, aman kah keadaan sebegini rupa wahai saudara-saudaraku?? Fikir-fikirkanlah bahawa Undang-undang Islam adalah untuk PEACE iaitu keamanan, bukannya untuk menimbulkan kacau bilau. Yakinlah dengan ciptaan Yang Maha Esa itu wahai saudara-saudaraku!!!
Kenapa anda takut sangat dengan Hukum kerat tangan? Anda ada niat nak mencuri ke? Ada niat nak merompak ke? Hehe Ntah kenapa orang Islam kita terlalu takut dengan hukuman kerat tangan, sedangkan ianya akan dijatuhkan kepada pesalah yang kronik sahaja. Pesalah yang sudah diberi peluang bertaubat oleh Qadhi, tetapi melakukannya lagi. Pesalah yang boleh membahayakan nyawa ramai orang awam. Perlu dibiarkan ke pesalah-pesalah begini? Adakah anda lebih sayangkan mereka dari sayangkan saudara, jiran dan rakan anda? Fikir-fikirkanlah wahai kaumku. Lagi pun dengan hukuman kerat tangan sebelah itu, itulah cara terbaik untuk menginsafkan manusia yang sememangnya berhati keras dan jahat. Ada hikmahnya yang tersendiri, ALlah dah tahu belaka cuma kita sahaja yang malas berfikir dan suka mengikut nafsu dan kepuasan kita semata-mata.
Maka tidak adakah di hati kita perasaan ingin melihat semula Hukum Allah tersebar di muka bumi? Berbalik semula kepada sejarah Hukum Islam di negara kita. Hukum Islam mula terpinggir dan dikategorikan hanya di mahkamah syariah sejak kedatangan penjajah British. Habis semua undang-undang lama dirombak dan diganti dengan undang-undang ciptaan Lord Reid. Bermakna kita semua sekarang ini berada dalam satu sistem cara hidup yang diatur oleh Lord Reid itu. Dan ada yang bermati-matian mempertahankan undang-undang tersebut dan takut untuk menjalankan Hukum Islam dengan pelbagai alasan. Antara alasan yang kerap didengar ialah kerana kita sekarang hidup dalam berbilang kaum dan agama. Sebenarnya alasan itu tidak relevan sama sekali. Kerana Undang-undang Islam hanya wajib diikuti oleh orang-orang Islam, sedangkan orang bukan Islam akan diberi pilihan berkenaannya dan ada pengecualian dalam hal-hal tertentu. Dan ianya boleh dirunding sebenarnya, tetapi usaha ke arah itu tiada kerana pihak yang berwajib kurang keyakinan dan alangkah sedihnya keadaan ini terjadi.
Sudah lupakah kita dengan tertegaknya HUkum Islam di tanah air kita dahulu kala membuatkan negara kita banyak hasil bumi? Membuatkan kemakmuran masih dirasai hingga sekarang? Membuatkan negara-negara penjajah yang kurang hasil bumi itu datang ke sini untuk menjajah dan merampas hasil bumi orang? Lupakah kita semua pada keberkatan HUkum Islam yang telah memakmurkan kita sekarang? Tepuk dada tanya iman kita …….
Cukup sekadar ini dahulu buat kali ini dan saya akhiri dengan sepotong hadith. Waallahu a’lam , wassalaaam
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:
Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.
Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “.
H.R Ibnu Majah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan