Ketika penulis menghadiri majlis Tafaqquh Fiddeen di Masjid Bukhari, Alor Malai pimpinan Syeikhuna Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki, lantunan mutiara qasidah adalah merupakan acara wajib sebelum memulakan majlis ta'lim dan kadang-kadang sewaktu Syeikhuna sedang mensantuni jiwa hadirin, itupun apabila dipinta oleh Syeikhuna sendiri. Hadirin yang hadir masing-masing tidak lokek untuk membuka mulut, bersama-sama menyumbang suara untuk memuji-muji Sayyiduna Muhammad SAW.
Qasidah Burdah karya agung Imam al-Bushairi merupakan antara qasidah yang paling banyak dilantunkan . Ia termasuk dalam kategori qasidah masyhur. Betapa hebatnya Imam Busairi yang telah banyak mengubah umat Islam melalui qasidahnya yang menarik perhatian. Qasidah Burdah memiliki gaya bahasa yang tinggi, ungkapan yang indah, jika dilagukan dapat mengetuk pintu hati yang tertutup, mengajak umat agar mencintai nabi yang penyayang dan penuh belai kasih sayang, didalamnya banyak mengungkapkan sifat dan kebesaran Nabi Muhammad, betapa indahnya burdah melukiskan akhlak budi pekerti Rasulullah , betapa manisnya burdah memuji perangai dan kepribadian Rasulullah.
"Saya mencadangkan nama Nur. Ya, Firqah An-Nur. Ia membawa maksud Kumpulan Cahaya. Firqah dimaksudkan dengan kumpulan manakala An-Nur sebagai cahaya. Cahaya yang menerangi jiwa manusia dengan nasyid, selawat dan qasidah kerinduan kepada Baginda Rasul. InsyaAllah," Demikianlah saranan oleh Syeikhuna Al-Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid ketika mana penulis mendapatkan pandangan beliau untuk menamakan kumpulan qasidah kami. Untaian kalimat yang dilontarkan oleh al-Habib begitu halus dan terang. Jelas pada diri al-Habib menonjolkan akhlak yang indah mengikut moyang beliau, Sayyiduna Rasul.
Ya, Firqah an-Nur. Tulisan penulis pada kali ini adalah sekadar nasihat kepada adik-adik penggerak Firqah an-Nur. Penulis mendapatkan cadangan nama daripada al-habib adalah supaya ada keberkahan mengalir melaluinya. Al-Habib mempunyai pertalian darah dengan Rasulillah, moga-moga keberkatannya mengalir kepada kita.
Suka untuk penulis menarik satu untaian kata dari sahabat al-faqir, Abdul Hadi ataupun lebih dikenali sebagai Hadiey Mahadianzz. Beliau mengatakan walaupun seseorang itu tidak mempunyai suara merdu, tetapi jika seandainya dia melantunkan pujian kepada Rasul dengan hati yang ikhlas, qalbu yang bening, insyaAllah orang tetap akan tersentuh dengan qasidah tersebut.
Benar! Kerana qasidah adalah kerana cinta bukan kerana suka-suka. Tiada keuntungannya mengejar glamour pada mata manusia tetapi hina pada pandangan-Nya, nau'zubillah. Kejarlah mardhatillah nescaya kamu akan dapat dunia dan akhirat. Jika akhirat yang menjadi buruanmu, pasti dunia akan melutut di hadapanmu.
Semaikanlah sunnah Nabawiyyah dalam kehidupan kalian sehari-sehari. Kalian sebenarnya sedang menyebarkan warkah kesejahtera dengan mencintai Nabi kepada masyarakat. Sunnah Rasulillah bukanlah sekadar ditunjukkan melalui pakaian, tetapi yang terlebih utama adalah kalian menonjolkan dalam bentuk akhlak Ahmadiyyah dalam keperibadian kalian.
Sayyid Qutb pernah berkata, 'Ketiadaan peribadi Rasulullah tidak boleh dijadikan alasan kepada kegagalan dakwah pada zaman sekarang.' Sepatutnya, kita perlulah menjadikan ketiadaan individu yang meniru peribadi Rasulullah sebagai alasan. Pemuda pemudi sekarang malu untuk mengikut keperibadian Rasul. Kalian perlu ubah perkara ini. Kalian pewaris perjuang.
Wallahua'lam.